Harga Emas berubah dalam masa 20 minit

Harga Emas berubah dalam masa 20 minit

Dalam Web PublicGold, kita dapat melihat harga emas berubah-ubah setiap dua puluh minit. Dalam 20 minit sahaja, kita akan mengetahui keuntungan atau kerugian.


Bagi mereka yang berminat dengan emas, mereka akan peka tentang kenaikan dan penurunan harga emas.

Kenaikan dan penurunan emas tidaklah penting untuk anda yang baru bermula.

Anda hanya perlu mengetahui Margin harga emas anda.

Sebagai contoh: Harga emas hari ini adalah RM190/gm.

Maka anda membelinya dengan harga RM190 dan anda mendapat 1 gram Emas.

Harga margin anda sekarang adalah RM190/gm

Keesokan hari nya, anda melihat, harga telah turun kepada RM186.  Dalam hal ini, harga telah jatuh dan menjadi murah. Anda beli lagi 1 gram dengan harga RM186.

Pemurataan harga Emas anda sekarang adalah   [190 + 186] /2  = 188.

Harga margin ada sekarang adalah RM188/gm

Contohnya, keesokkan hari nya, anda mendapati harga emas adalah RM192/gm.
Harga ini telah menjadi lebih mahal untuk dibeli.  Mungkin anda perlu menunggu harga kembali rendah pada margin anda.

Check setiap hari, apabila harga emas rendah dari margin anda dan terus membeli.

Insyaallah pelaburan dan simpanan anda akan bertambah.


Maka selamat melabur!