Entry point untuk melabur emas
Harga emas sekarang sedang meningkat naik. Memang ini yang ditunggu-tunggu oleh pelabur emas tetapi apa yang perlu anda buat sekarang.
Andakah anda perlu membeli lagi selain menunggu harga melonjak naik atau terus duduk berdiam diri.
Bagi saya, entry point untuk melabur dan menyimpan emas perlu betul. Jika tidak betul, padah namanya.
Sekarang ni harga emas telah meningkat 10% dari awal tahun.
Sebagai contoh. Harga di awal tahun untuk 20gm RM2960 (paling rendah) dan pada hari ini RM3328, maka kenaikan nya telah mencapai 12%.
Jika anda membeli harga di awal tahun untuk 20gm RM3030 dan hari ini RM3328, maka kenaikan nya telah mencapai lebih kurang 10%.
Entry point untuk terjun dalam pelaburan emas adalah penting. Jangan tergesa-gesa.
Matlamat melabur emas
Apa matlamat anda sebenarnya melabur?
Hanya anda sahaja yang tahu jawapannya.