Silver : Gold In Future

Silver : Gold In Future


Silver : Gold In Future

Ramai pakar logam berharga lebih suka simpan silver berbanding emas. Silver dianggap "gold in future". Kalau dikatakan potensi peratusan kenaikan harga silver akan pergi lebih jauh berbanding emas, saya percaya, ia sangat munasabah atas beberapa faktor :

1. Graf Gold Silver Ratio

Graf "Gold/Silver Ratio" sekarang ni menunjukkan, 1 kilogram emas mampu membeli 73 kilo silver. 1:73. Maksudnya setiap 70 kilo silver nilainya dapat ditukar kepada 1 kilo emas.
Sejarah 20 tahun menunjukkan, harga termahal silver ialah pada tahun 2011 iaitu 1:32, dan termurah 1:83 pada tahun 2008.
Dan ratio 1:70 - 1:80 hanya berlaku 4 kali dalam tempoh 20 tahun! Ini bermakna, siapa beli silver sekarang dan apabila ratio berubah menjadi 1:30 kembali, setiap 70 kilo silver yang dibeli, ia dapat ditukarkan kepada 2 kilo emas berbanding sekarang yang cuma 1 kilo sahaja.
2. Zakat Emas vs Silver
Siapa simpan silver 595 gram bersamaan RM1,700 sudah dikenakan zakat sedangkan emas seberat 85 gram (bersamaan RM16,000) barulah dikenakan zakat.
Saya percaya, harga sebenar 595 gram silver ialah RM16,000 dan ini membawa maksud, harga silver sekarang adalah UNDER-VALUE sekitar 89%!

Jadi atas dua faktor ini sahaja saya rasa sudah cukup membenarkan kata-kata pakar yang menganggap silver adalah "gold in future". -Tuan Zulkifli Shafie-

#tokperaihemas
#PG005353
#SelangkahSegramEmas