6 Keistimewaan Emas Sebagai Harta.
Pesan mentor :
Bagi simpanan jangka panjang, saya secara peribadi lebih suka menyimpan dalam bentuk emas berbanding membiarkan dalam bentuk tunai di bank.
Ini kerana:
1. NILAI TERJAMIN JANGKA PANJANGEmas adalah satu-satunya aset kewangan yang nilainya tidak akan sekali-kali menjadi kosong!Ia tidak ada tarikh luput dan tidak boleh dimusnahkan. Habuk emas pun bernilai bukan kosong :)Duit penjajahan Jepun. Orang tua2 panggil Duit Pokok Pisang. Nilainya menjadi kosong overnight... overnight babeh!!..Menjadi tidak bernilai langsung (zero, nada, illek) setelah Jepun menyerah kalah secara menyeluruh di Tanah Melayu dan Singapura pada 12 September 1945.Imagine, kalau tuk nenek kita telah menukarkan duit Jepun mereka kepada emas sebelum duit tersebut menjadi nilai kosong?
2. SENANG DITUKAR KEPADA TUNAIEmas laku dijual pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Jika ke luar negara, kita boleh bawa emas dan boleh dijual di negara tersebut jika kekurangan wang.Contohnya, 1 dinar hanyalah sekecil duit syiling 10 sen. Tetapi nilai nya adalah lebih dari RM1000.00.Tiada masalah kita bawa 3 atau 4 dinar, bersama duit syiling yang lain sbg dana kecemasan di luar negara.Can be very discreet, because 1 dinar is really-really tiny, but immensely powerful and valuable.
3. ASET FIZIKAL MAMPU MILIKDengan menggunakan platform Public Gold, kita berpeluang mengumpulkan sedikit demi sedikit bermula dengan item sekecil satu gram atau RM100 minima.Ia benar-benar aset fizikal mampu milik oleh sesiapa sahaja termasuk golongan pelajar kolej dan universiti.Tiada alasan lagi untuk tidak memulakan simpanan emas.Hatta bayi baru lahir pun boleh mulakan simpanan emas, dengan hadiah pemberian orang ramai.
4. KEKAYAAN DITANGAN KITAMenyimpan emas hakikat nya kekayaan itu ada ditangan kita sendiri. Biarpun apa yang berlaku pada ekonomi semasa, selagi kita memiliki emas, kekayaan itu memang berada di tangan kita.Nilai emas berdiri sendiri. Nilainya dipegang kukuh oleh ketulenannya tanpa perlu jaminan kerajaan atau sesiapa pun.
5. ASET FIZIKAL MUDAH ALIHAset fizikal yang paling mudah alih. Ia aset yang mobile dibawa kemana-mana.Seperti rumah dan tanah ia tak boleh dialihkan, kalau hendak dijual pun, proses pasti memakan masa berbeza dengan emas.Jika berlaku peperangan atau pergolakan, harta rumah dan tanah sudah tiada gunanya lagi (contoh spt di Syria. Adakah anda masih nak membeli tanah atau rumah disana?Yes, quite scary. Semoga Allah melindungi tanah air kita, Amiin).
6. TIADA SIAPA YANG TAHUApabila menyimpan emas, tidak ada siapa yang tahu berapa banyak dalam simpanan kita. Kecuali kalau kita sendiri yang beritahu.Menurut Robert Kiyosaki (penulis buku 'Rich Dad, Poor Dad') emas dan perak adalah aset kewangan yang tiada rekod dalam sistem kewangan negara.
Oleh itu tiada masalah bagi mereka yang muflis untuk kaya dengan emas.
#tabungkuemas
#kongsimanfaat
#learningfromobservation