FAKTA INFLASI DAN MELAWAN INFLASI

FAKTA INFLASI DAN MELAWAN INFLASI


Fakta :

Kenaikan harga emas sejak tahun 2000 ialah 400%.
Kenaikan nilai inflasi sejak tahun 2000 ialah 150%.

Apa maksud inflasi naik?

Inflasi naik = barang naik = nilai RM turun = kuasa beli turun = kita makin jatuh miskin walau ada banyak duit.

Maksudnya, dengan jumlah wang yang sama, kita sudah tidak boleh membeli barang yang sama dengan kuantiti yang sama. Nilai inflasi yang menaik merujuk kepada kuasa beli yang semakin melemah. Sejak tahun 2000 kita jatuh miskin 150% dengan jumlah duit yang kita ada.

MELAWAN INFLASI.

1. Sekarang zaman kena buat dua kerja. Lagi-lagi untuk fresh graduate gaji ciput. Ataupun, kita kena buat satu kerja hakiki, tambah dengan dua pelaburan.

2. Isteri-isteri yang tak bekerja kena buat sesuatu menggunakan kemahiran sendiri utk menambahkan pendapatan keluarga.
Cthnya menjahit , buat kuih atau nasi lemak utk letak di gerai, mengasuh anak2 jiran, ambik upah iron pakaian dan macam -macam lagi.

3. Harga rumah naik lagi laju daripada kenaikan gaji kita. Harga barang pun naik bagai nak gila. Nak marah pun tak guna, tetap akan naik juga.

4. Kalau nak tau, kadar inflasi kita lebih kurang 3%. Jadi, nak tak nak, untuk melawan inflasi, kita kena buat pelaburan yang bagi untung 3% ke atas.

5. Tabung Haji dividen 5%. Jadi, kita dapatlah melawan inflasi dalam 5% - 3% = 2%. ASB dividen 7.25%, dapatlah dalam 7.25% - 3% = 4.25%.

6. Tukarkan duit2 simpanan kita dlm bentuk biskut kuning iaitu emas yang tak lut dek inflasi.
Tukar dlm bentuk goldbar dan dinar dlm simpanan jangkamasa panjang.
Nak guna boleh pajak dan kemudian bayar balik bulan-bulan.

7. Sebagai back up, tukarkan juga duit anda dalam bentuk batu-bata. Maksud saya, beli rumah. Rumah dapat melindungi duit kita daripada dimamah inflasi.

8. Kalau dulu masa kita sekolah, duit belanja sehari RM2. Budak-budak sekarang kena ada paling kurang RM4 sehari. Inilah kesan inflasi.

9. Kalau dulu, duit hantaran RM5K dah cukup sangat. Sekarang ni, paling kurang kena ada RM10K barulah mak bapak si perempuan tersenyum lebar.