Spread emas

Spread emas

*SPREAD*

Apakah kriteria terpenting yang perlu anda ambil tahu sebelum membuat pelaburan emas?

Biasanya orang cakap, pilihlah emas yang paling murah. 

Sebenarnya ada kriteria yang lebih penting yang perlu anda ambil kira sebelum membuat pelaburan emas, iaitu SPREAD
(beza harga jual dan beli emas tersebut).

Antara kesilapan pelabur emas amatur ialah dia main beli ajer emas tanpa tahu nilai spread emas tersebut.

Sebab dia gi jalan-jalan kat pasaraya, terjumpa kedai emas.

Pastu jurujual kat kedai emas cakap “invest emas bagus” atau “harga emas akan naik dalam jangka masa panjang”. Lepas tu dia tertarik.

Gais, Itu adalah cerita separuh masak. 

Itu bukan cerita penuh. Kalau tahu cerita penuh, hah baru senang nak counter balik dengan diorang.

Kedai emas kadang-kadang ada menjual emas jenama antarabangsa seperti PAMP Suisse. Jadi point yang selalu digunakan adalah ini emas jenama antarabangsa, laku di seluruh dunia dan bla.. bla.. bla..

Apa yang mereka keberatan nak cerita adalah spread jongkong emas tersebut kalau anda jual balik kat mereka. 

Sebab spread mereka antara 16% ke 18% !πŸ™€

Kenapa spread penting? 

Sebab di dalam pelaburan, anda hanya untung apabila menjual emas tersebut.

Jadi kalau spread bapak punya besar, anda lambatlah untung. Tak kiralah emas jenama apa pun.

Contoh mudah:

Jika anda menjual emas bernilai RM100,000 dan spreadnya 18%, maka kedai akan tolak RM18,000 ringgit. Anda dapat tunai RM82 ribu cash.

Jika anda menjual emas bernilai RM100,000 dan spreadnya 7%, maka kedai tolak RM7,000 sahaja dan anda dapat tunai RM93,000

Beza RM93,000 - RM82,000 = RM11,000

Jadi, sebagai pelabur, sebelum anda membeli sebarang emas, kenalpasti berapa spreadnya.

Ok, berbalik kepada harga murah. Bila masa anda perlu fokus kepada harga murah?

Jawapan: Sekiranya anda beli emas untuk tujuan selain dari pelaburan. 

Contohnya beli barang kemas untuk pakai. Haa.. kat sini baru fokus harga murah.

Dapat sesuatu? 

*CARA KIRA SPREAD / SUSUT NILAI*

Susut nilai atau spread value ialah nilai yang ditolak bila kita jual emas. 

Di Public Gold, susut nilai sekitar 6-9% bergantung kepada berat. 

Lebih besar gram, lebih rendah harga per gram.

Cara kira spread : 

Harga jual-harga beli / harga jual x 100%

Contoh nak kira % spread 10 gram:

1963-1786 / 1963 x 100%
= 9%

Nota : imej jadual bukan harga semasa