Waktu Sesuai Monitor Harga Emas
Penyimpan emas yang berjaya ada banyak gram tidak fokus pada harga emas semasa, apa yang mereka tahu ada lebihan duit terus tukarkan kepada gram emas.
Fokus mereka adalah berapa banyak gram yang dah berjaya disimpan dan berapa lama boleh capai target simpanan. Soal harga naik turun adalah perkara nombor dua.
Saya kongsikan bila waktu yang sesuai untuk kita semak harga emas semasa:
1. Waktu nak beli emas; bila dah ada bajet untuk buat simpanan boleh rujuk harga untuk buat pembelian. Kuantiti gram yang kita dapat beli bergantung pada harga emas semasa, jika harga rendah dapatlah banyak gram dan jika harga tinggi dapatlah sikit gram.2. Waktu nak jual emas; bila kita dah capai target simpanan emas atau nak guna duit tunai baru kita semak harga jualan semasa. Itulah tujuan simpanan emas sebagai alat untuk simpan duit, bila sampai masa boleh dijual untuk dapatkan duit tunai.
Selain dari dua waktu diatas, tidak digalakkan untuk tengok harga emas. Tidak perlu bazirkan emosi untuk perkara tidak penting. Lebih baik gunakan masa tersebut untuk cari lebih banyak duit untuk simpan emas.
Peluang terbaik simpan emas adalah 10 tahun lepas sudah terlepas, peluang kedua terbaik adalah hari ini. Dapat konsisten #satugramsatubulan pun dah cukup bagus, dapat simpan 12 gram setahun jauh lebih baik dari tiada apa-apa. Adehhhh.π
“Do it now or regret it later”
Manfaatkan waktu berduit untuk kita bina kekayaan dengan emas, belum pernah orang simpan emas jatuh miskin. Simpanan kita tanggungjawab kita, uruslah dengan baik untuk masa depan yang lebih terjamin. Insyaallah.
Boleh whatsapp saya untuk mula simpan emas hari ini.