K E K U A T A N E M A S

K E K U A T A N E M A S


Emas adalah salah satu kategori dalam aset fizikal selain tanah dan rumah, emas mempunyai kelebihan yang tersendiri yang membuatkannya digelar 'safe heaven' oleh pelabur di seluruh dunia.

Orang di dunia ini mengenali emas sebagai sesuatu yang bernilai, emas sangat terkenal merentasi sempadan dan zaman. Sejak dari zaman firaun ribuan tahun dahulu sehingga ke hari ini.

Jika di Indonesia emas dipanggil 'logam mulia', satu pengiktirafan kepada emas sebagai salah satu logam yang memberi banyak manfaat kepada manusia.

Hari ini saya akan kongsikan kelebihan/kekuatan emas yang patut kita tahu;

1. Emas adalah duit yang sebenar; emas adalah duit yang 'jujur' sebab mampu untuk mengekalkan kuasa beli penyimpan emas.

Contohnya rumah banglo pada tahun 2000 bernilai RM80k bersamaan dengan harga 2 kg emas, jika kita nak beli rumah banglo yang sama hari ini ianya tetap berharga 2 kg emas. RM80k hari ini hanya mampu beli rumah kos rendah atau rumah lelong sahaja. Adehhh.😒

2. Emas sahlaku di seluruh dunia; emas adalah wang dan duit kertas adalah matawang. Emas tiada warganegara dan duit kertas tertakluk kepada sesebuah negara sahaja. 

Contohnya emas boleh digunakan (dijual) di Malaysia dan Zimbabwe, duit Ringgit Malaysia belum tentu boleh digunakan di Zimbabwe.

3. Emas mampu melawan inflasi; emas adalah alat yang paling berkesan melawan inflasi, emas adalah kalis inflasi. Ianya berkaitan dengan point nombor #1 diatas.

Contohnya duit RM100k hari ini tak sama dengan RM100k pada masa akan datang, duit RM100k hari ini mampu beli sebuah kereta dan mungkin boleh beli sebuah motor sahaja pada masa akan datang.

4. Mengimbangi kejatuhan ekonomi; emas adalah alat untuk melindungi kekayaan di saat ekonomi sesebuah negara jatuh. Kekayaan dalam bentuk aset kertas akan terjejas disebabkan oleh kejatuhan nilai matawang dan ketidakstabilan eknomi.

Contohnya di saat pandemik covid-19 melanda seluruh dunia, ramai pelabur-pelabur di seluruh dunia beralih kepada simpanan emas untuk melindungi nilai kekayaan masing-masing. Keadaan ini menyebabkan permintaan kepada emas sangat tinggi, harga emas melambung naik tinggi.

5. Nilainya kekal selamanya; nilai emas sangat kukuh dan stabil sepanjang zaman. Tidak pernah nilainya turun kepada nilai kosong, apa yang berubah hanyalah turun naik harga emas.

Contohnya kita beli emas 1 gram pada harga yang paling tinggi dan harganya turun, emas 1 gram tetap juga 1 gram yang sama. Tetap bernilai dan boleh digunakan untuk dapatkan duit tunai.

6. Tidak perlu jaminan kerajaan; nilai emas berdiri atas dirinya sendiri tanpa perlu jaminan mana-mana kerajaan. Berbeza dengan duit kertas, nilainya bergantung kepada kerajaan pada waktu tersebut.

Contohnya pada zaman dahulu Tanah Melayu dijajah, ada pelbagai jenis matawang yang digunakan semasa pemerintahan kerajaan penjajah. Duit pokok pisang dari kerajaan Jepun hanya sahlaku pada zaman pemerintahan kerajaan Jepun sahaja, bila Jepun dah kalah secara automatik duit pokok pisang ini tidak lagi bernilai.

7. Emas tidak boleh dimusnahkan; kelebihan terbesar emas adalah ianya tidak boleh dicipta dan dimusnahkan. Emas boleh berubah bentuk. Emas jika dileburkan tetap akan jadi emas bila sejuk, habuk emas pun tetap bernilai. 

Contohnya duit kertas note RM10, jika dipotong dua tidak akan menjadi nilai RM5 setiap satu. Jika emas 10g dipotong dua akan jadi 5g setiap satu dan tetap ada harga. Nilainya terletak pada berat dan ketulenan emas itu sendiri.

Semoga perkongsian ilmu diatas memberikan sedikit info dan maklumat asas berkaitan kelebihan emas sebagai rujukan sebelum kita mula menyimpan dan melabur dalam emas. Semoga bermanfaat! 😊

Jom mulakan simpanan emas sekarang. Daftar PERCUMA je.

Saya bantu tuan/puan dengan senyuman 😊