πππ₯π π¨π‘π§π¨π‘π πππ‘πππ‘ ππ ππ¦
1. Konsisten
Kalau budget kita tak besar, kita tetapkan jumlah simpanan setiap bulan. Setiap bulan dapat gaji terus beli 1gm, 2gm dan seterusnya bergantung pada budget kita.
Ini adalah bagi posisi penyimpan emas. Kita tak peduli berapa harga semasa tetapi kita konsisten tukar duit kepada emas. Pada akhirnya kita akan mendapati harga purata pada setiap gram akan lebih murah. Ini yang kebanyakan dari kita mampu buat untuk akaun GAP.
Cukup jumlah tertentu kita boleh withdraw emas tersebut dan simpan sendiri. Nak biarkan dalam akaun pun tak ada masalah. Percuma saja tanpa kos tambahan.
Lupakan simpanan tersebut sekurang kurangnya 3-5 tahun atau seberapa lama yang boleh bergantung pada matlamat. Nilai simpanan kita sudah pasti semakin meningkat.
Bagaimanapun pastikan kita telah mempunyai dana kecemasan tunai sekurang kurangnya 3 hingga 6 bulan pendapatan.
Namun, jika kita tak mampu nak sediakan dana kecemasan tunai, emas adalah alternatifnya sebab dengan emas emosi kita akan lebih suka menyimpan berbanding wang tunai.
2. Beli item dalam bentuk gram yang besar.
Kalau kita ada modal yang besar, contoh hujung tahun dapat bonus, kita boleh dapatkan terus emas yang mempunyai berat yang lebih tinggi.
Sebagai contoh 20gram, 50gram atau 100 gram sebab spreadnya lebih kecil dari item bersaiz kecil. Semestinya 1 kilogram mempunyai spread paling kecil.
Lebih kecil nilai spread lebih cepat keuntungan akan kita dapat.
3. Beli harga rendah jual harga tinggi.
Teknik ne biasanya sesuai untuk mereka yang berada di posisi pelabur.
Kalau nak betul betul berbaloi, sekurang kurangnya beli 100gm keatas. Keuntungan boleh di buat dalam jangka masalah singkat.
Bagaimanapun, kita perlu ada ilmu tentang analisis teknikal dengan lebih mendalam supaya tak kerugian.
4. Jadi dealer emas.
Sambil menyimpan emas sambil kongsikan kebaikan emas. Ada dua kelebihan menjadi dealer ne. Kita beli emas dapat keuntungan daripada incentive belian sendiri dan keuntungan daripada belian pelanggan kita.
Peringatan!!! Kalau nak mengharapkan incentive yang tinggi, anda pasti kecewa.
Komisen adalah antara 1-2% saja. Tapi jangan underestimate dengan komisen yang rendah ne. Nak tau detail, boleh pm/whatsapp saya bila-bila masa.
Jangan simpan wang tunai melebihi dari yang sepatutnya. Bak kata Robert T.Kiyosaki, savers are losers.
#PGG100Network